|
‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal iaitu Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita dan Kerek yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain, apabila mereka berenam dikenakan denda membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester.
Kehadiran Zeta untuk memastikan mereka menyelesaikan denda secara tiba-tiba dalam kumpulan tersebut juga menjadi tanda tanya. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang dibunuh secara kejam.
Apakah yang sebenarnya berlaku? Apakah si tukang kebun juga terbabit? Jangan lupa temu janji anda dilayar perak filem ‘Histeria’ pada 18 Disember 2008...
|